Seri Anggun

Thursday, March 27, 2008

Blog 3A5

Sila lungsuri blog teman-teman kamu di kelas 3A5. Beri pandangan kamu tentang latar blog, pandangan serta tatabahasa. Pandangan kamu perlulah yang bernas dan dengan tujuan untuk membaiki blog teman kamu itu.

Terima kasih di atas keprihatinan kamu.
1
http://monsoon3a5.blogspot.com/ - Syabil, Nazhrul, Imran & Shukor

2
http://zamannow.blogspot.com/ - Afham, Ashraf, Zulkamal, Nashrullah & Idil

3
http://project-3a5.blogspot.com/ - Syafiqah, Zulaikha, Nasyitah & Syakina

4
http://nra2gerls3a5.blogspot.com/ - Almas, Nikita, Asimah & Raudhah

5
http://tokiohotel3a5.blogspot.com/ - Iskandar, Zulhilmi, Heikal & Danial

6
http://escada22@blogspot.com/ - Julie, Jannah & Nuranisah

Salam Hormat
Cikgu Fawziyah

Wednesday, March 26, 2008

Isu Sosial

Salam Sejahtera pelajar-pelajar saya sekalian,

Saya telah banyak menyentuh akan isu sosial yang dihadapi oleh masyarakat Melayu seperti beban hutang, keluarga pincang, belanjawan sendiri, keluarga bahagia (3A5) dan baru-baru ini perkahwinan muda(5NA).

Mengapa perlu kita fikirkan masalah-masalah ini? Supaya kita dapat mempelajari sesuatu daripada penyelidikan kita dan elak daripada terjerumus di dalam masalah yang sama.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengupas masalah ini melalui blog atau multiply yang kamu reka ini.

Terima kasih di atas keprihatinan kamu semua.

Cikgu Fawziyah

Beban Hutan

Selamat Sejahtera Pelajar 3A5,

Pada hari ini, kita akan berbincang mengenai 'Beban Hutang' yang diperkatakan dengan hangatnya pada dewasa ini. Mengapa masyarakat Melayu dicerut dengan hutang? Hutang kad kredit, hutang kereta, hutang perkakas rumah, hutang ubahelok, hutang bank. Senarainya tidak terputus di situ.

Sila cari punca bagi masalah ini dan apakah akibatnya jika hutang di sekeliling pinggang? Beri pandangan kamu. Kamu boleh juga buat peta minda atau carta akan hutang setiap bulan yang keluarga kamu hadapi.

Selamat Bertugas!

Cikgu Fawziyah

Wednesday, March 05, 2008

Soalan Lisan 5NA

Salam pelajar-pelajar 5N saya.
Sila beri pendapat mengenai soalan LISAN ini.

"Apa pendapat kamu tentang kemudaratan teknologi pada masa ini?"

terima kasih

Wassalam
Cikgu Fawziyah