Seri Anggun

Sunday, February 17, 2008

Projek 3A5_Keluarga Pincang_180208

Selamat Sejahtera anak-anak didik saya sekalian,

Hari ini kita bermula dengan projek yang bertemakan "Isu-isu Sosial".
Pelajar-pelajar perlu memberi pendapat kamu mengenai isu sosial yang berlaku di Singapura.

Cuba lihat akhbar Berita Minggu semalam dan Berita Harian hari ini dan tulis mengenai tema yang diberikan iaitu "Keluarga Pincang"

Tulis "HIPOTESIS" akan tajuk ini. Contohnya: "Keluarga pincang berasaskan dari lingkaran kemiskinan yang mereka hadapi".

Setujukah awak serta kumpulan awak akan hipotesis ini?
Jika setuju, sila huraikan dengan alasan-alasan yang munasabah. Jika tidak, cuba terangkan mengapa.

Awak boleh gunakan proses wawancara, rakaman, laporan atau sebagainya untuk membuat blogging minggu ini.

Salam Hormat
Cikgu Fawziyah