Seri Anggun

Thursday, October 20, 2005

Salam Muhibbah

Salam Sejahtera Pelajar-pelajar sekalian

Selamat Datang ke teratak BTS. Saya, Cikgu Fawziyah ingin mengucapkan selamat berpuasa untuk pelajar-pelajar Islam. Untuk pelajar-pelajar asing, inilah masanya untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang agama lain untuk mengeratkan lagi tali persahabatan di antara anda semua walaupun berjauhan kelak kerana bercuti!

Sila lungsuri lelaman yang direka ini khas untuk anda semua. Jaga etika ketika 'blogging'. Bahasa juga harus dijaga. Semak ejaan juga. Ketika ingin hantar ke diari maya ini, perlulah taip nama serta kelas anda. Anggap diari maya ini sebagai wadah untuk mengarang.

Sekian, salam dari saya.