Seri Anggun

Monday, January 07, 2008

Berlepas sudah 2007 dan kini 2008 kita sambut dengan penuh harapan dan debaran. Pelbagai peristiwa dan liku-liku hidup yang telah mewarnai jendela dunia sepanjang 2007. Tidak kira sama ada peristiwa pahit ataupun manis, 2008 tetap membawa sinar harapan dan diharapkan semoga anda semua berada di dalam kesejahteraan dan turut ghairah untuk menggagahi setiap cabaran yang mendatang.

Salam Ikhlas.
Cikgu Fawziyah

Sunday, January 06, 2008

Bagaimana Perasaan Anda Pada Hari Ini?

Sayang menyayangi jadikan satu amalan
Jangan ada kata dusta dan caci
Semoga kita sejahtera sepanjang jalan
Sekiranya tiada dendam dan benci

Itulah yang ingin saya sampaikan. Semoga di hati kita tiada dendam terhadap orang lain walaupun orang itu pernah menyakitkan hati kita. Mungkin apa yang dikatakan oleh orang itu boleh dijadikan kesedaran kepada kita untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.

Dari Cikgu Fawziyah

Saturday, January 05, 2008

Dalam meniti di titian hari
Mengimbangi masa berhati-hati
Adakala dugaan datang tanpa disedari
Mengajar kita sabar menanti

Begitulah bunyi pantun saya yang awal untuk semua pelajar Sekolah Menengah Bedok Town. Bersabarlah kita hendaknya dengan dugaan yang menimpa terutama kepada sesiapa yang kehilangan seseorang yang disayangi pada cuti sekolah yang lalu. Kendati begitu, pastinya Tuhan sedang menduga kita untuk menjadi seorang yang penyabar dan insan yang lebih mulia.

Salam Muhibah
Cikgu Fawziyah

Selamat Tahun Baru 2008

Salam perkenalan kepada semua pelajar Sekolah Menengah Bedok Town terutama pelajar-pelajar menengah satu. Selamat Datang ke teratak kami di Bedok North Street 3 ini.

Dalam memulakan lembaran baharu, pelajar-pelajar diajak mengimbas kembali pencapaian mereka selama ini.

Saya amat yakin bahawa dengan sokongan yang utuh daripada waris pelajar-pelajar, akan pastinya pelajar-pelajar boleh berjaya!

Dalam merealisasikan azam guru serta pelajar untuk tahun ini, saya amat mengalu-alukan maklum balas dari kalangan pelajar semua.

Semoga kerjasama kita ini akan membawa manfaat kepada semua.

Sekali lagi, selamat tahun baru kepada semua. Semoga azam yang telah diukir tercapai akhirnya.

Ikhlas dari Cikgu Fawziyah (SH/ML)