Seri Anggun

Tuesday, April 24, 2007

Semoga Maju Jaya

Peperiksaan hampir tiba. Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar Bedok Town. Semoga mencapai kejayaan yang diimpikan.

Cikgu Fawziyah

Semoga Maju Jaya

Peperiksaan hampir tiba. Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar Bedok Town. Semoga mencapai kejayaan yang diimpikan.

Cikgu Fawziyah

Wednesday, April 11, 2007

Tahniah!

Tahniah ingin saya ucapkan kepada kumpulan tarian BTS serta tidak ketinggalan guru yang bertanggungjawab, Cikgu Hanim, kerana telah dinobat dengan anugerah perak untuk pertandingan SYF tahun ini.

Teruskan usaha yang amat membanggakan ini.

Dari: Cikgu Fawziyah Ali

Sunday, April 08, 2007

Selamat Maju Jaya kepada Kumpulan Tarian BTS

Salaam semua ahli kumpulan tarian BTS. Semoga kembali dengan anugerah EMAS yang diidam-idamkan oleh BTS. Semoga usaha kalian berbaloi hendaknya. Begitu juga dengan penat-lelah guru bertugas, Cikgu Hanim.

Dari :
Cikgu Fawziyah
BTS

Wednesday, April 04, 2007

Darmawisata Ke Terengganu & Kelantan





















Salam semua,

Darmawisata bersama 66 pelajar dan 9 guru amat menggembirakan walaupun keletihan mula terasa pada hari ketiga. Kami telah melawat ke Masjid Terapung di Terengganu dan menjalankan Program Kebajikan Kemasyarakatan (CIP) di Rumah Anak-anak Yatim Puteri Harapan di Kelantan.

Pengalaman ini tidak dapat kami lupakan.

Bertanya Khabar

Salam kepada pelajar-pelajar semua. Sudah sekian lama saya tidak menulis di lelaman ini. Bagaimana keadaan semua? Besar harapan saya semoga semua berada di dalam keadaan yang memuaskan.

Peperiksaan Pertengahan Tahun akan menjelang pada akhir bulan April ini. Sudahkah awak semua bersedia? Saya berharap semoga semua akan mendapat keputusan yang memberangsangkan dan penat lelah mengulang kaji pelajaran berbaloi hendaknya.

Yang belum bersedia itu, silalah buka buku sekarang dan belajarlah dengan tekun untuk masa depan yang cerah. Kami di BTS sedia membantu jika pelajar-pelajar juga bersedia memberi perhatian sepenuhnya di dalam pelajaran.

Bacalah akhbar Berita Harian setiap hari. Semalam terpampang berita mengenai "Galak Membaca". Hari Sabtu lalu pula mengenai "Merokok". Cari iktibar dari berita-berita seperti ini.

Akhir kata, guru-guru di BTS, terutama dari Jabatan Bahasa Melayu mengharapkan pelajar-pelajar semua lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan SA1 ini.

Sehingga berjumpa lagi di lain masa.

Dari : Cikgu Fawziyah Ali