Seri Anggun

Thursday, October 20, 2005

Salam Muhibbah

Salam Sejahtera Pelajar-pelajar sekalian

Selamat Datang ke teratak BTS. Saya, Cikgu Fawziyah ingin mengucapkan selamat berpuasa untuk pelajar-pelajar Islam. Untuk pelajar-pelajar asing, inilah masanya untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang agama lain untuk mengeratkan lagi tali persahabatan di antara anda semua walaupun berjauhan kelak kerana bercuti!

Sila lungsuri lelaman yang direka ini khas untuk anda semua. Jaga etika ketika 'blogging'. Bahasa juga harus dijaga. Semak ejaan juga. Ketika ingin hantar ke diari maya ini, perlulah taip nama serta kelas anda. Anggap diari maya ini sebagai wadah untuk mengarang.

Sekian, salam dari saya.

5 Comments:

  • At 8:08 PM, Blogger nakhodabts said…

    Jangan marah! Ejaan 'untuk' salah. Maaf dari saya - Cikgu Fawziyah

     
  • At 4:10 AM, Blogger nakhodabts said…

    Terima kasih di atas komen-komen yang membina ini. Semoga pelajar-pelajar 'O' saya akan mendapat kejayaan yang cemerlang untuk peperiksaan yang akan mereka duduki kelak.

     
  • At 9:31 PM, Blogger Vin_7 said…

    Salam sejahtera kepada cikgu... Saya Alvin dari 3a1...

    Cikgu,saya mmempunyai masa yang susah untuk dapat berinteraksi langsung bersama teman-teman untuk bercakap dengan bahasa melayu...jadi saya memohan bimbingan dari cikgu untuk dapat meraih markah yang bagus dalam peperiksaan Lisan yang akan datang...

    terima kasih atas waktu yang cikgu berikan...

     
  • At 6:50 PM, Blogger nakhodabts said…

    Salam kepada semua pelajar Sekolah Menengah Bedok Town. Saya, wakil bagi semua guru-guru Islam di BTS ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua pelajar Islam. Semoga ibadat kita diberkati oleh Tuhan dan diterima oleh-Nya.

    Tidak lupa juga, SELAMAT BERJAYA di dalam peperiksaan SA2 yang akan datang. Untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan peringkat 'N' serta 'O', SELAMAT MAJU JAYA dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang, insya-Allah.

    Wassalam dari Nakhoda BTS (Cikgu Fawziyah)

     
  • At 6:55 PM, Blogger nakhodabts said…

    Untuk guru-guru di BTS,

    Saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan kepda semua guru Islam di Sekolah Menengah Bedok Town. Saya jgua ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama semua guru yang prihatin akan pelajar-pelajar Islam di sekolah kita. Contohnya, Cikgu Abdullah yang telah memberikan buku solat Lelaki/Perempuan kepada semua pelajar di BTS, buku kecil Panduan Puasa serta guru-guru yang lain yang memberi nasihat serta panduan kepada pelajar-pelajar Melayu/Islam di BTS. Tanpa bantuan serta panduan cikgu-cikgu semua, kami di Jabatan Bahasa Melayu agak kekurangan tenaga.

    Wassalam dari Cikgu Fawziyah (Nakhodabts)

     

Post a Comment

<< Home